Saturday, 28 January 2017

Bisnes 2017

Bisnes Yang Boleh Dibuat Pada Tahun 2017❤

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru bloggers!!! Lama saya tak update blog ni huhuhuhu berhabuk , so sebelum tu nak tnya korang semua. 2016 macam mana? okay? ke sama je mcm tahun2 sebelum ni? azam tiap2 tahun berubah tapi samaaa jeee every year haha. OKAY stop nanti kena kecam. Jangan risau harini izzat pun nak cerita pasal izzat. Eh jap. Laki ke yang tulis blog ni? haaa aaa laaa ingat laki tahu main game je ke? ermmm 2017 kayhh gaiss so be aware sebab tak semua  benda sama hahaha


INTRODUCTION

Okay atas tu dah melalut bagai nak rak kan. Padahal takde apa pun, kalau korang dh start bosan nak baca blog aku ermm sabar jap baca smpai habis pleaseeeee heeee... So my name is Mohamad Izzat Bin Herman. tahun ni masuk 20  tahun kot. KOT? Study di UNIKL MIAT . ambik course Aircraft Maintenance semester 4 dah nk habis dh ni :((( . erm mcm cliche je kan . 


Bisnes Tahun 2017

SOOOOOO back to serious talk, mesti ramai tertanya tanya kan mcm mana nk start business ni? ramai takut dengan saingan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. *betul ke tak ehh peribahasa tu* . Jangan risau gais. harini saya nak cerita serba sedikit mcm mana nak mulakan business ;) . Kalau kita tgk la kan ramai yang mula nk cari PENDAPATAN SAMPINGAN . Betul tak??? macam2 yang diorang buat sbb nak dptkan keselesaan hidup . SO harini saya nak share lagi * ulang benda sama * mcm mana korang boleh buat bisnes online. Tak kira la online ke offline, janji marketing korg betul and ada strategy


1) PRODUK

Okay first thing apa yang saya nampak trend sekarang ni orang ramai jual baju,tudung kasut sneakers la casual wear apa semua betul tak? YEAPP BETULLL TAK PERCAYA SUDAH. Korang kalau nak start business,korang kena jual ,ulang balik *KENA JUAL* barang/produk yang korang minat baru ada PASSION betul tak? contoh la kan kalau korang minat tudung, jual la tudung. Kalau korang ni jenis minat baju or t-shirt yang rare2 tu jual laa tshirt tu. Jangan risau, yang penting korang jual barang yang orang selalu cari. Contohnya, semua orang pakai baju betul tak? SO mestilah permintaan baju tu tinggi betul tak?? tapi mcm ramai je jual baju ermmm. OKAY yang tu saya akan cerita kemudian okay jgn risau . Berbalik kepada topik kita, kalau korang jual barang atau produk yang korang minat mesti korang akan lebih gigih la bak kata orang. TAK PERCAYA?? okay saya tunjuk contoh .


Korang kenal kan Neelofa? gila sapa tak kenal boleh duduk gua diam2 haha melawak je. Okay Neelofa,tak payah cerita pasal kisah silam dia sbb saya bukan jenis suka ungkit2 okay *Let by gone be by gone*  gitu. So kalau korang perasan sebelum dia start bisnes tudung yang viral gila ni, dia dulu pun struggle nak bagi bisnes dia ni MANTOP  macam sekarang . Ramai yang cakap " eleh dia artis senang laa dpt sale,customer pun peminat2 dia jugak" habistu kalau yang takde peminat ada je yang boleh berjaya . "ehh ada ke?" "tipu laa admin ni" .. okay jap jgn cabar saya..saya tunjuk betul2 ni

 

Okay ni korang kenal tak? okay kalau ramai tak kenal saya paham tapi serious talk dia ni idola.  Nama dia Ameerul Afiq atau dikenali sebagai Kingafiqq.Korang boleh usha2 ig dia. "siapa pulak la dia ni admin suka hati je letak nama" ehh koragn tau tak pada umur 19 tahun dia dah beli sebuah BMW , rumah dah ada lebih dari sebuah rumah and dia buat bisnes online jual kasut sneakers je tau?? "ehhh biar betul!!" . Kalau korang tak percaya pergila follow dkt instagram @rad.kl . Ye buat apa saya nak tipu anda semua. Dia ni bukan artis, bukan orang yang hebat2 (dulu la, sorry la afiq kena jual nama kau) . He start from zero to  HERO . Dalam masa setahun page dia, insta dia viral dekat Siakap Keli. So jangan anggap yang korang baru nk mula bisnes ni down sbb takde populariti . Semua boleh buat business janji :

1) Ada produk
2) Tahu planning
3) Ada target
4)Tawakal






Haihh bnyak sngat melalut ni payah jugak kan hahah sorry guys saya rasa entry kali ni smpai sini je kot. EHHHH jappppp sebelum tu kalau korang rajin, terutamanya yang perempuan . emm tak kisah la sapa2. Yangg minat sneakers or TUDUNG especially SHAWL PUCCI , boleh laaa tgk dkt instashop saya @fused.co ataupun personal insta saya @izzatherman . Follow jangan tak follow ye guys!! satu lagiii klik follow dkt page blog saya okay ;) . So kita jumpa lagi yeee esok In sha Allah . Assalmualaikum Bloggers


Ni Media social yang saya active sekarang
1 ) https://www.facebook.com/izzatherman
2) https://twitter.com/ThatIsIzzat?lang=en-my
3) https://www.instagram.com/fused.co/
4)  https://www.instagram.com/izzatherman/